Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Wednesday 5 December 2012

Pengeluar dan pengguna

             Satu ekosistem biasanya terdiri daripada tumbuhan dan haiwan.  Tumbuhan yang bersifat memainkan peranan sebagai pengeluar makanan, manakala haiwan sebagai pengguna.  Pengurai seperti bakteria dan kulat akan menguraikan bangkai haiwan dan manusia supaya menjadi bahan-bahan yang boleh digunakan semula oleh pengeluar.  Rantai makanan akan dijalin antara tumbuhan dan haiwan.  
                              
         Tumbuhan  à  herbivor  à  karnivor  à  karnivor  à  pengurai
         Tumbuhan  à  omnivor  à  karnivor  à  karnivor  à  pengurai


          Beberapa rantai makanan pada satu ekosistem atau tempat akan membentuk jaringan makanan.  Contoh:
   
 


          Setiap kawasan mempunyai jaringan makanan masing-masing yang unik dan kompleks.  Ini kerana tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada sesuatu kawasan adalah berbeza-beza yang berkaitan antara satu sama lain.  Contoh:  





          Jaringan makanan memainkan peranan yang sangat penting bagi mengekalkan keseimbangan ekologi.  Jika berlakunya perubahan pada bilangan suatu jenis tumbuhan atau haiwan pada suatu kawasan, maka ia akan mempengaruhi keseimbangan ekologi secara keseluruhan.  Bila suatu jenis tumbuhan atau haiwan mati, maka seluruh jaringan akan mengalami perubahan.
            

1 comment: