Pages

Thursday, 6 December 2012

Payung terjun yang melayang bersama angin....


       Taraxacum adalah genus besar tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae.  Nama biasanya Dandelion berasal dari Perancis –de-singa, yang bermaksud gigi singa.  Ia  merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari Asia Utara dan Eropah.  Ia berdaun hijau yang berkilat dan berbunga kuning cerah. 


   


          Dandelion merupakan barometer yang cemerlang.  Ia terbuka pada cuaca yang baik, dan menutup seperti paying semasa cuaca cenderung untuk menjadi hujan. 


         Apa yang menarik pada benih Dandelion ialah cara penyebaran biji benihnya seperti payung yang berterbangan bersama angin.  Selepas proses berbunga selesai, bunga Dandelion akan bertukar kepada benih.  Keseluruhan kepala bunga akan menutup dan belepah hijau di bawah bunga akan menutup sekitar benih.  Kelopak kuning akan hilang dan benih menjadi matang.  Kemudian kepala benih baru ini akan membuka.  Benih yang mengembang dengan kepala putih akan melayang dalam udara apabila ditiup angin.  Dengan itu, sebanyak 200 atau lebih tumbuhan baru akan mula bertumbuh di kawasan baru yang bersesuaian.
    





6 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang dikongsi.

    ReplyDelete
  3. Nota yang lengkap dan jelas, gambar bunga yang berwarna-warni memudahkan pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan, sangat bagus!

    ReplyDelete