Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Friday, 7 December 2012

Antara tumbuhan yang teristimewa

Tumbuhan yang paling sunyi:  Kingdonia uniflora
   
          Berasal dari China barat dan China utara  merupakan tumbuhan-tumbuhan bedaun yang paling sunyi di dunia.  Ia hanya mempunyai satu bunga dan satu daun.  Tumbuhan ini ketinggian 9-1.2mm, daun bulat bercuping lima biasanya hanya mengeluarkan bunga hijau pucat.


Tumbuhan yang paling ganas:  Dian Parkinson
     奠柏
          Sebanyak 500 jenis tumbuhan yang boleh makan serangga kecil, tetapi pokok ini yang bertumbuh di Pulau Jawa, Indonesia boleh ‘makan’ manusia!  Tumbuhan ini mempunyai cawang lembut seperti wayar.  Jika seseorang yang lalu tersentuh pokok itu, semua cawing lembut itu akan menghulur ke arah manusia dan menggulungnya sambil merembeskan sejenis gam yang amat mengakis untuk ‘menghadamkan’ makanannya.


Tumbuhan yang menari:  Vigor 
    
          Nama saintifik: motorium Desmodium, merupakan sejenis tumbuhan yang bertindak balas mengikut bunyi.  Dijumpai di India, Malaysia, Vietnam, Filipina dan China.  Menurut kajian saintifik, tumbuhan ini menari mengikut suhu, cahaya matahari dan gelombang irama akustik.


Tumbuhan yang paling panjang umur:  Welwitschia mirabilis Hook.f
    
          Tumbuh di tenggara tropika Angola dan Afrika dan terkenal kerana mampu menyesuaikan diri dengan iklim yang melampau.  Tumbuhan ini hanya mempunyai dua helai daun dalam sepanjang hayatnya, tetapi setiap daun itu mampu hidup selama berabad-abad sehingga ia juga dikenali sebagai fosil hidup.


Tumbuhan yang mempunyai buah yang paling besar: nangka
         
          Juga dikenali sebagai Jackfruit, nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus.  Banyak terdapat di Asia Tenggara dan Selatan.  Purata buah bersaiz 1-2 kaki panjang, dan 9-12" lebar.  Saiz sebiji nangka boleh mencapai berat 75 lbs (34kg) atau lebih!  Isi nangka adalah berkanji, berfiber dan merupakan sumber fiber makanan.  Rasanya menyamai tat pisang.  Buah ini senang dijumpai di pasar tani, pasar pagi dan tepi jalan.          
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Jackfruit
                http://www.tradewindsfruit.com/jackfruit.htm


3 comments:

  1. Blog cikgu sangat menarik dan banyak yang saya dapat ketahui tentang tumbuh-tumbuhan istimewa di muka bumi ini. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. nota bersama dengan gambar, mudah murid untuk memahami dan menarik perhatian mereka!

    ReplyDelete
  3. Tahniah, blog yang menarik dan penuh dengan maklumat untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete