Pages

Wednesday, 5 December 2012

Cara-cara tumbuhan menyebarkan biji benih


        Tumbuhan perlu menyebarkan biji benih (membiak) untuk kemandirian spesiesnya agar dapat diteruskan sehingga masa depan melalui empat cara utama:


a)  melalui manusia dan haiwan
   Ciri-cirinya: i)  Buah berwarna terang dan menarik, harum, dan sedap dimakan.  Biji benihnya keras dan susah dihadam.       
             



                        ii)  Terdapat duri pada buah untuk melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia.
    



b)  melalui angin
   Ciri-cirinya:  Biji benihnya halus, bersayap, ringan, berbulu
                


c)  melalui mekanisme letupan
   Ciri-cirinya:  Permukaan buah menjadi tegang apabila kering dan letup semasa disentuh.
        
   


d)  melalui air
   Ciri-ciri:  Buah bersabur, kalis air, terdapat banyak ruang udara.
       

  

1 comment:

  1. Maklumat yang dipaparkan sangat baik dan sesuai untuk P&P. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete