Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Monday 10 December 2012

Cara haiwan menjaga anaknya

          Haiwan yang berlainan mempunyai cara menjaga anaknya yang berlainan.  Kebanyakkan haiwan mamalia yang melahirkan anak akan menyusu dan menjaga anaknya sehingga mereka mampu adaptasi terhadap alam sekitarnya dan hidup berdikari.  Berikut merupakan beberapa cara haiwan menjaga anaknya:



    
          Haiwan hidup secara berkumpulan bagi menjaga keselamatan anaknya.  Biasanya ibu gajah akan membiarkan anak gajah untuk berjalan di antara kaki depan bagi tujuan melindunginya.


        
          Koala (Phascolarctos cinereus) dari Australia melahirkan anak (joey) yang hanya 20mm.  Anak koala akan merangkak ke kantung ibunya yang boleh diketatkan sesuka hati oleh kolor otot.  Anak koala akan melekat kepada salah satu puting ibunya untuk minum susu sahaja selama 6 bulam.  Anak koala akan mula meneroka dunia luar, makan daun eucalypt dan bersama ibunya selama 6 bulan lagi.   


          Kucing menyalin anaknya di tempat yang terlindung dan menyusu anaknya sehingga mereka mampu hidup berdikari.
  


          Kelawar merupakan haiwan mamalia yang menyusu anak.  Kedua-dua jari kaki mencengkam batang pohon dengan kepalanya terbalik.  Kedua-dua sayapnya berfungsi sebagai tangan untuk mendukung anaknya menghisap puting susu.
               


          Buaya merupakan reptilia yang bertelur.  Buaya betina menimbus telur-telurnya di dalam pasir di tepi sungai dan sentiasa menjaga telurnya daripada ancaman musuh.  Setelah telur-telur menetas, ibu buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.  
   


          Kala jengking adalah haiwan arachnida (berkaki lapan) yang amat berbisa.  Kala jengking merupakan haiwan ovovivpar (embrio berkembang di dalam telur yang tersimpaan dalam badan ibu sehingga mereka menetas).  Kala jengking betina akan membawa anaknya di atas badan setelah dilahirkan.
Black_scorpion   scorpionbirth01       



          Labah-labah membalut telur-telurnya dalam kepompong sutera dan membawa bersamanya sehingga telur menetas.  Labah-labah kecil yang telah menetas akan memanjat ke belakang ibunya dan menunggang untuk suatu tempoh sehingga mereka cukup besar dan terjatuh.  
          

  
          Penyu menutup lubang dengan pasir selepas bertelur di pantai.  Telur-telur penyu mengambil masa 50-60 hari untuk menetas.  Selepas menetas, anak-anak penyu akan pulag ke laut, tetapi malangnya hanya 1:1000 sahaja yang berjaya membesar dengan selamatnya kerana diancam oleh musuh semula jadi dan tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.
             



57 comments:

  1. Your information is very useful,I like it!

    ReplyDelete
  2. saya dapat maklumat untuk buat buku skrap tapi taku scorpion lah....

    ReplyDelete
  3. saya suka dunia sains ni, BAGUS SANGAT

    ReplyDelete
  4. natasya umairah binti azman14 March 2014 at 23:34

    saya suka dunia sains ni ia boleh memperlajari saya thank you dunia sains

    ReplyDelete
  5. terima kasih saya suka dunia sains ini

    ReplyDelete
  6. terima kasih saya suka dunia sains ini

    ReplyDelete
  7. HEBATLAH BOLEH BUAT RUJUKAN UNTUK UPSR

    ReplyDelete
  8. Bestnya...Saya suka Sains...dan Website ni membantu saya ingin mengulangkaji Upsr pada tahun ini....dengan format baharu..

    ReplyDelete
  9. Izinkan saya mengguna pakai info yg ada dlm blog ni ye. Thanks!

    ReplyDelete
  10. Apakah tingkah laku khas ibu ayam apabila anaknya diancam bahaya?

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni...terima kasih

    ReplyDelete
  12. Bagaimana zirafah menjaga anaknya

    ReplyDelete
  13. Cara kancil Jaga anak camne .......
    Mohon penerangan sekarang

    ReplyDelete
  14. Okay je la info ni😅😅😅😅😅

    ReplyDelete
  15. Yuck that spider is so creepy!!

    ReplyDelete
  16. Boleh tak nak dapatkan kepastian tentang kala jengking tu? Dia kategori bertelur atau beranak?

    ReplyDelete
  17. Baguslah dunia sains ni saya boleh mendapat info yang lebih banyak dari sini.

    ReplyDelete
  18. Macam mana buaya menjaga anaknya?

    ReplyDelete
  19. You all useless lah! Why you never put buaya, thats the whole reason I went to this website you dumbos.POV: You are the boss, EMOTIONAL DAMAGE!

    ReplyDelete
  20. Macam mana monyet menjaga anaknya?

    ReplyDelete
  21. cara kancil menjaga anak?

    ReplyDelete
  22. Kontol bapa kau

    ReplyDelete
  23. Kalau kuda mcm mane

    ReplyDelete
  24. Best lah sumpah best gile baca 😁

    ReplyDelete
  25. Tapi ada kesalahan 🙃 6 bulan jadi 6 bulam😕 dekat koala Allahuakbar 😭

    ReplyDelete
  26. Best memang best😊 tapi kesalahan dekat koala tu kena hilang kan ya nanti dunia sains jadi dunia salah eja🤣 apa - apa pun memang best tapi...dekat koala yang 6 bulam tu buang ya 😉 jangan tak buang bang yang koala tu abang gurau ke memang saja nak letak 😠

    ReplyDelete
  27. Biar kitaorang salah baca 😠

    ReplyDelete