Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Friday 30 November 2012

Perkembangan tumbesaran anak kanggaru di dalam kantung ibu

          




  







          Kanggaru merupakan satu lambang negara Australia dan endemik kepada benua Australia.  Haiwan ini juga sering ditampilkan pada jata Australia.  Ia juga diadun pada sesetengah bentuk matawang dan digunakan oleh kebanyakkan pertubuhan Australia, termasuk syarikat penerbangan Qantas.  

          Kanggaru Australia memang terkenal dengan poket mereka.  Bayi kanggaru dibawa oleh ibunya di dalam poket sehingga mereka cukup kuat dan mampu untuk melompat sendiri.  Kanggaru di Australia sedang menghadapi ancaman kepupusan kerana peningkatan pembukaan pada beberapa daerah di kawasan semulajadi kanggaru hidup.  Modernisasi merupakan salah satu archemies dari kanggaru.  Habitat semulajadi kanggaru telah dihancurkan sehingga mereka kebingungan dalam mencari makanan untuk terus hidup.  Kebakaran hutan dan penggembalaan padang rumput turut menjadi ancaman besar bagi kehidupan kanggaru.

          Kanggaru yang menjadi kebanggaan Australia akan punah jika langkah perlindungan tidak diambil.  Kini kerajaan Australia telah mengambil langkah-langkah dalam melindungi kanggaru di Australia melalui undang-undang, iaitu dilarang memburu kanggaru.  Hal ini juga membantu dalam usaha penyelidikan keadaan kehidupan kanggaru.   

1 comment:

  1. vieo sngat menarik, usaha lagi!
    sila datang ke blog saya, http://tangeokhwa1963.blogspot.com/

    ReplyDelete