Haiwan perlu memakan tumbuhan atau haiwan yang lain untuk teruskan kehidupan. Haiwan yang berlainan memakan makanan yang berlainan. Haiwan boleh dikategori dalam tiga kumpulan mengikut makanan yang dimakan, iaitu haiwan herbivor, haiwan karnivor, dan haiwan omnivor.
Haiwan herbivor ialah haiwan yang hanya memakan tumbuhan sebagai makanannya. Contoh haiwan herbivor seperti:
gajah lembu siput
zirafa arnab badak
Haiwan karnivor ialah haiwan yang hanya memakan haiwan lain sebagai makanannya. Contoh haiwan karnivor ialah:
harimau harimau bintang singa
ikan jerung burung helang cengkaduk
Haiwan omnivor ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanannya. Contoh haiwan omnivor seperti:
ayam burung kucing
ikan beruang ring-tailed kukang
Nice post , can learn a lot from the above information.
ReplyDelete