Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Wednesday 28 November 2012

Cara pembiakan kuda laut yang unik




          Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 biji telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.  Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.

           Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.  Proses pengeraman akan berlangsung selama dua hingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

          Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.  Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara 5 hingga 36 cm.

          Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.  Ia makan dengan menyedut plakton yang kecil dan larva ikan.


Sumber: Majalah Estidotmy

4 comments:

  1. Suguneshwary Somakandan.

    Very good. Good 4 kids.

    ReplyDelete
  2. Really amazing !!! Good Information.

    ReplyDelete
  3. Baik, teruskan usaha.

    ReplyDelete
  4. Well done!Thank you for sharing!

    ReplyDelete