Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

Payung terjun yang melayang bersama angin....


       Taraxacum adalah genus besar tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae.  Nama biasanya Dandelion berasal dari Perancis –de-singa, yang bermaksud gigi singa.  Ia  merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari Asia Utara dan Eropah.  Ia berdaun hijau yang berkilat dan berbunga kuning cerah. 


   


          Dandelion merupakan barometer yang cemerlang.  Ia terbuka pada cuaca yang baik, dan menutup seperti paying semasa cuaca cenderung untuk menjadi hujan. 


         Apa yang menarik pada benih Dandelion ialah cara penyebaran biji benihnya seperti payung yang berterbangan bersama angin.  Selepas proses berbunga selesai, bunga Dandelion akan bertukar kepada benih.  Keseluruhan kepala bunga akan menutup dan belepah hijau di bawah bunga akan menutup sekitar benih.  Kelopak kuning akan hilang dan benih menjadi matang.  Kemudian kepala benih baru ini akan membuka.  Benih yang mengembang dengan kepala putih akan melayang dalam udara apabila ditiup angin.  Dengan itu, sebanyak 200 atau lebih tumbuhan baru akan mula bertumbuh di kawasan baru yang bersesuaian.
    





Wednesday, 5 December 2012

Cara-cara tumbuhan menyebarkan biji benih


        Tumbuhan perlu menyebarkan biji benih (membiak) untuk kemandirian spesiesnya agar dapat diteruskan sehingga masa depan melalui empat cara utama:


a)  melalui manusia dan haiwan
   Ciri-cirinya: i)  Buah berwarna terang dan menarik, harum, dan sedap dimakan.  Biji benihnya keras dan susah dihadam.       
             



                        ii)  Terdapat duri pada buah untuk melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia.
    



b)  melalui angin
   Ciri-cirinya:  Biji benihnya halus, bersayap, ringan, berbulu
                


c)  melalui mekanisme letupan
   Ciri-cirinya:  Permukaan buah menjadi tegang apabila kering dan letup semasa disentuh.
        
   


d)  melalui air
   Ciri-ciri:  Buah bersabur, kalis air, terdapat banyak ruang udara.
       

  

Friday, 16 November 2012

Spesies tumbuhan yang telah pupus

          Antara tumbuhan yang telah kepupusan ialah:
           Lanka Legume Tree (Crudia zeylanica)
          Crudia zeylanica adalah satu spesies kekacang dalam keluarga Fabaceae.  Ia dilaporkan tidak ditemui semasa kaji selidik pada tahun 1998.

Hopea Shingkeng (Arunchal hopea tree) Hopea Tree (Hopea shingkeng)
          Pokok kecil di India.  Telah diisytiharkan pupus pada tahun 1998.

Helena Olive (Nesiota elliptica)
          Tumbuhan berbunga endemic kepada pulau St Helena.  Telah pupus pada Disember 2003.

Yunnan Malva (Firmiana major)
          Spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Sterculiaceae.  Hanya boleh dijumpai di wilayah Yunnan, China.  Tidak lagi dijumpai selepas tahun 1997.