Bosses Day Text - http://www.t.com

Pages

Saturday 8 December 2012

Antara haiwan yang teristimewa


Haiwan yang paling menjaga kebersihan diri:  Raccoon
   
          Haiwan omnivore jinak yang berasal dari Amerika Utara akan membasuh makanan mereka dalam air sebelum makan.  Makanannya terdiri daripada ikan, katak, buah   Raccoon juga merupakan juara dalam berenang.


Berudu katak yang paling besar:  Paradoxical frog (Pseudis paradoxa)
     
          Sejenis katak dari Amerika Selatan.  Panjang berudu sangat besar sehingga 25cm (9.8 in), tetapi saiznya balik kepada saiz katak biasa setelah membesar menjadi katak. 


Mulut haiwan mamalia darat yang terbesar:  Hippopotamus amphibious
       
   
          Badak sungai adalah mamalia dari keluarga Hippopotamidae yang berukuran besar.  Berat badak sungai dewasa boleh mencapai 1.5 hingga 3 ton (3000kg).  Aktiviti badak sungai seperti mencari makanan, mengawan, bersalin serta menyusu semuanya dijalankan dalam air.  Merupakan haiwan mamalia darat yang mempunyai mulut yang terbesar di dunia.   



Haiwan yang paling cerdik:  Dolfin
   
          Mamalia laut yang berkait rapat dengan paus dan limba-lumba.  Dolfin boleh dijumpai di seluruh dunia, sama ada di laut atau sungai.  Merupakan haiwan karnivor yang biasanya memakan ikan dan sotong.
   

5 comments: